KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) berkata ia sedang memantau penahanan sebuah kapal yang diketuai oleh warga Singapura di perairan Indonesia dan berhubungan dengan pihak berkuasa Indonesia.
Tentera laut Indonesia menahan bot itu kerana mendakwanya menangkap ikan di perairan Indonesia tanpa kebenaran. Ia dipintas Ahad malam di sekitar perairan Tanjung Berakit di pulau Bintan, menurut laman web berita detik.com.