MFA tegaskan remaja NZ kelahiran Singapura wajib tunai kewajipan NS

REMAJA New Zealand kelahiran Singapura, Brandon Smith, akan dikehendamki memenuhi kewajipan Perkhidmatan Negara (NS) beliau, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (2 Mac).

"Singapura berpegang teguh pada prinsip kesejagatan dan kesaksamaan asas NS. Semua warga Singapura dijangka memenuhi tanggungjawab NS kita sebagai warga," rakyat," kata MFA dalam jawapan bertulis kepada soalan Anggota Parlimen Jurong GRC, Encik David Ong, di Parlimen.

"Tidak adil untuk membenarkan warga mengelak NS hanya kerana mereka tinggal di luar negara."

Encik Ong ingin tahu apakah kementerian itu telah memulakan perbincangan dengan New Zealand mengenai kes Encik Smith, yang memegang dua kerakyatan dan telah menyatakan sebelum ini keinginannya mendapatkan pengecualian daripada NS.

Remaja 19 tahun itu, yang ibunya warga Singapura dan bapa rakyat New Zealand, berpindah ke bandar Dunedin pada usia lapan. Beberapa permohonannya untuk menangguhkan NS sehingga beliau berusia 21 - umur beliau boleh melepaskan kerakyatan Singapura - ditolak.

Beliau memberitahu laman berita stuff.co.nz New Zealand dalam satu temu bual pada 24 Jan bahawa menghabiskan dua tahun melakukan NS "sia-sia" kerana beliau tidak boleh berbahasa Mandarin dan akan berasa seperti orang luar.

Bagaimanapun, MFA telah menjelaskan bahawa Encik Smith masih bertanggungjawab bagi sembarang pelanggaran Akta Kemasukan, sekalipun jika beliau memohon melepas kerakyatan Singapura selepas mencapai umur dewasa.

Kementerian itu juga menasihati beliau supaya pulang ke Singapura secepat mungkin untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Encik Smith menghadapi denda sehingga $10,000 dan/atau penjara hingga tiga tahun dia tidak mematuhinya.

MFA berkata Kementerian Ehwal Luar dan Perdagangan New Zealand telah membuat permintaan bagi Singapura menyediakan pegawai daripada Kementerian Pertahanan untuk dihubungoi, dan MFA telah berbuat demikian.

Menteri Ehwal Luar New Zealand, Encik Murray McCully, berkata dalam satu kenyataan pada 23 Jan bahawa beliau berhasrat mengendalikan perkara itu.

Bulan lalu, warga Singapura Brian Joseph Chow dipenjara satu setengah bulan selepas pihak pendakwaan merayu terhadap hukuman asalnya yang hanya denda $4,500.

Chow, 25 tahun, meninggalkan Singapura pada usia 14 tahun untuk belajar di Australia dan mengelak NS lebih enam tahun sebelum secara sukarela kembali pada Mei 2013 untuk berkhidmat.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.