MH370 Hilang: PM Lee lahirkan perpaduan dengan M'sia dan China

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kelmarin mengutus surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, bagi meluahkan perpaduan dan menawarkan sokongan sedang pencarian bagi pesawat Malaysian Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu diteruskan.

"Saya sangat susah hati pesawat Malaysian Airlines MH370 masih hilang. Bagi pihak warga dan pemerintah Singapura, saya meluahkan kebimbangan mendalam kami bagi keselamatan anak kapal serta penumpang, dan juga perpaduan kami bersama keluarga-keluarga mereka," kata Encik Lee dalam suratnya kepada Datuk Najib.

Di Facebooknya, Encik Lee berkata adalah membimbangkan MH370 masih hilang selepas seminggu.

"Keluarga penumpang dan anak kapal pasti dilanda kesedihan dan kebimbangan," katanya dalam pos yang diletak malam semalam itu.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.