MH370: Pemimpin Singapura lahir ucap takziah

BEBERAPA pemimpin Singapura telah melahirkan simpati dan ucapan takziah mereka secara online kepada kepada keluarga mangsa dan anak kapal MH370 menyusuli pengesahan bahawa pesawat syarikat penerbangan Malaysia (MAS) itu telah terhempas di Lautan Hindi.

Presiden Tony Tan Keng Yam, dalam postingnya di Facebook berkata: "Berat hati saya untuk mengetahui nasib tragik penerbangan tersebut dan kehilangan para penumpang dan anak kapal.

"Ini merupakan tempoh yang amat sukar bagi keluarga dan orang-orang yang dicintai mangsa dan ingatan dan doa saya mengiringi mereka."

Presiden Tan menambah, beliau telah mengikuti "dengan keprihatinan yang mendalam" perkembangan misi mencari pesawat MAS itu sejak beberapa minggu lalu.

Menteri Ehwal Luar, Encik K. Shanmugam, dalam kenyataan Facebooknya pula berkata tempoh ini merupakan masa yang menyayat hati bagi para keluarga dan rakan anak kapal dan penumpang.

"Saya berharap mereka mendapat kekuatan dan sokongan daripada orang-orang yang tersayang untuk menghadapi hari-hari muka yang sukar ini," kata beliau.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, merupakan pemimpin pertama Singapura melahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan anak kapal MH370 menerusi akaun Facebook beliau lewat malam semalam.

Turut melahirkan simpati mereka secara online termasuk Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, Anggota Parlimen (AP) GRC Choa Chu Kang, Encik Zaqy Mohamed, AP GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Gan Thiam Poh dan AP GRC Sembawang, Cik Ellen Lee.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.