Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TANGKAPAN DI BAWAH ISA

MHA: Kenyataan keluarga Zulfikar tidak tepat

Aug 04, 2016 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyifatkan kenyataan daripada keluarga Zulfikar Mohamad Shariff sebagai tidak tepat.



Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan oleh isterinya, Cik Shireen Abdul Samad, kepada media petang Selasa dan mendakwa maklumat berkenaan penangkapan suaminya itu tidak memberi gambaran yang sebenar mengenai diri Zulfikar dan komen-komen beliau di dalam talian.



Menurut kenyataan itu, dakwaan bahawa Zulfikar menyokong kumpulan militan IS atau dikenali juga sebagai ISIS adalah berdasarkan catatan beliau pada 2014.



Namun, pendiriannya itu berubah pada tahun itu selepas laporan mengenai kekerasan dan tindakan IS memancung kepala individu yang ditahannya.



Dalam jawapan MHA lewat malam Selasa, ia berkata kenyataan keluarga Zulfikar itu hanya berkenaan satu aspek siasatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dan memberi gambaran yang salah.



"Sebagai contoh, ia menyatakan bahawa Zulfikar tidak membuat pos mengenai pandangan radikal selepas 2014. Ini tidak benar. Adalah jelas Zulfikar menyokong tindakan ganas ISIS, termasuk tindakan memenggal kepala, dan di tahap lebih luas, dia menyokong idea pembentukan sebuah khalifah Islam global dengan menggunakan kekerasan untuk mencapainya," kata MHA.



Zulfikar, warga Singapura berusia 44 tahun yang tinggal di Australia dan turut menjadi warga negara itu, ditangkap 1 Julai lalu semasa dia pulang ke Singapura. Dia ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



MHA menambah:



"Zulfikar akan diberi peluang apabila tiba masanya nanti untuk membentangkan kesnya kepada Lembaga Penasihat ISA, yang menasihatkan Presiden sama ada Perintah Tahanan perlu terus dikuatkuasa."



Semasa mengumumkan penangkapannya, MHA berkata bahawa dia telah membuat beberapa pos di Facebook yang mengagungkan ISIS dan tindakan ganas mereka, termasuk memenggal kepala orang.



Dia juga dikatakan telah menggalakkan orang Islam mengangkat senjata untuk berjuang di negara seperti Timur Tengah dan Filipina dan posnya telah membuatkan sekurang-kurangnya dua warga Singapura yang lain menjadi radikal.



MHA juga berkata bahawa Zulfikar bercadang mengadakan program latihan bagi mempengaruh orang lain untuk mengikut agendanya dan menggantikan sistem demokratik Singapura dengan negara Islam menggunakan keganasan jika perlu.



Bagaimanapun, dalam kenyataan itu isteri Zulfikar menegaskan suaminya itu "bukan seorang yang ganas" dan bukan niatnya membangunkan sebuah khalifah di Singapura menggunakan kekerasan.



Dia tidak pernah menjadi anggota kumpulan tegar, Hizbut Tahrir, yang memperjuangkan pembentukan kalifah global, tambahnya.



Namun, dalam jawapan MHA, ia berkata siasatan ISD terhadap Zulfikar bagi kegiatan berkaitan pengganasan meliputi beberapa aspek.



Menurut isteri Zulfikar, beliau masih di Singapura bersama dua anak mereka yang paling muda.



Namun, empat lagi anak lelaki mereka telah pulang ke Melbourne.




"Zulfikar akan diberi peluang apabila tiba masanya nanti untuk membentangkan kesnya kepada Lembaga Penasihat ISA, yang menasihatkan Presiden sama ada Perintah Tahanan perlu terus dikuatkuasa."
- Kementerian Dalam Negeri (MHA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >