KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang memantau seorang rakyat Singapura yang menjadi anggota ISIS, Megat Shahdan Abdul Samad, 39 tahun, yang muncul dalam sebuah video kumpulan itu di media sosial.
Dalam video yang dikeluarkan sayap media ISIS, Al Hayat, dan dikongsi mereka yang bersimpati dengannya dari Asia Tenggara pada hujung minggu, Megat Shahdan, yang menggelarkan dirinya 'Abu Uqayl', mengajak "mereka yang beriman" menyertai kumpulan itu di Timur Tengah.