Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA: Pendakwah Islam dari Amerika tidak dibenarkan masuk Singapura kerana meluahkan pandangan yang memecahbelahkan

Dec 02, 2017 | 12:01 PM



PENDAKWAH Islam dari Amerika, Encik Yusuf Estes, tidak dibenarkan memasuki Singapura pada 24 November lalu kerana pernah meluahkan pandangan yang disifatkan pihak berkuasa sebagai tidak boleh diterima dan bertentangan dengan nilai masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan agama.



“Pandangan memecahbelahkan sedemikian boleh mewujudkan sikap tidak toleran dan eksklusif yang boleh merosakkan keharmonian sosial, serta menyebabkan masyarakat berpecahbelah,” kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri.



Menurut akhbar The Straits Times, Encik Estes dan isterinya, Cik Khadijah, telah menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Changi dari Kuala Lumpur untuk menyertai lebih 1,000 penumpang satu kapal pelayaran kerohanian anjuran Pelayaran Islamik yang berpangkalan di Malaysia.



Kapal tersebut meninggalkan Pusat Pelayaran Singapura menuju ke Aceh, Indonesia, Sabtu lalu dan akan pulang ke Singapura Rabu ini.



Dua lagi pendakwah asing yang merancang menyampaikan ceramah di kapal pelayaran yang sama telah dilarang memasuki negara ini Oktober lalu.



MHA berkata Mufti Ismail Menk dari Zimbabwe berdakwah dengan ajaran yang memecahbelahkan sementara Ustaz Haslin Baharim dari Malaysia pula telah menyifatkan orang bukan Islam sebagai golongan yang telah menyimpang.



MHA mengesahkan minggu ini bahawa Encik Estes tidak dibenarkan memasuki Singapura, dengan berunding bersama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Sementara itu, penganjur pelayaran itu juga telah mendapatkan pandangan tentang kemungkinan Encik Estes sebagai penceramah di kapal itu, kata MHA.



Menurut MHA, dalam satu video pada 2012, Encik Estes berkata ia bukan sebahagian ajaran Islam untuk menyambut perayaan masyarakat lain atau mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada orang Kristian dan Selamat Hari Hanukkah kepada orang Yahudi.



Beliau juga mempersoalkan asas keagamaan bagi Krismas dalam satu rencana Disember tahun lalu dan menasihatkan orang Islam agar tidak menyambut perayaan yang orang Kristian juga tidak sepatutnya sambut.



Encik Estes – yang sebelum ini beragama Kristian dan memeluk Islam pada 1991 – turut berkata kitab Bible mempunyai banyak percanggahan dan menyifatkannya sebagai tidak boleh dipercayai, selain meluahkan pandangan tidak toleran berhubung orang bukan Islam.



“Pemerintah tidak akan membenarkan pendakwah agama daripada agama apa pun untuk mengutuk agama lain atau menyebarkan rasa benci di kalangan pelbagai masyarakat agama,” kata MHA.



September lalu, pemerintah mengumumkan bahawa mereka telah menolak permohonan dua pendakwah Kristian – dengan salah satu daripadanya yang dikenali sebagai Dutch Sheets dari Amerika Syarikat – untuk bercakap di Singapura kerana mereka telah meluahkan komen yang bersifat menghasut dan merendahkan tentang Islam dan agama Buddha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >