SINGAPURA kekal sebagai antara bandar paling selamat di dunia, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).
Dalam kenyataan semalam, MHA berkata kadar jenayah tahun lalu kekal rendah meskipun ada kenaikan sedikit berbanding 2014 disebabkan kenaikan ketara jenayah dalam talian, khususnya penipuan, yang menjadi trend sejak 2013.