KEMASUKAN kira-kira 20,000 anggota militia asing ke Syria sejak tercetusnya perang saudara di negara itu pada 2011 akan membawa akibat lebih teruk kepada pengganasan sejagat berbanding dengan apa yang berlaku menyusuli perang di Afghanistan pada 1980-an, menurut ketua Pusat bagi Kajian Keganasan Politik dan Pengganasan (ICPVTR) di sini, Profesor Rohan Gunaratna.
"Cakap mudahnya, ia bermakna kita akan melihat lebih ramai bilangan anggota militan apungan bebas membanjiri arena pengganasan sejagat berbanding sebelumnya," kata pakar pengganasan dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) di Universti Teknologi Nanyang (NTU) itu ketika ditemui akhbar ini, semalam.