Seramai 165 anak muda telah menyertai pertandingan WorldSkills Singapura (WSS) 2021 untuk bersaing dan mendapatkan pengiktirafan tertinggi dalam 18 bidang kemahiran yang berlainan. Diadakan setiap dua tahun, pertandingan kemahiran kebangsaan ini bertujuan untuk mencari dan mengenali belia yang paling mahir di Singapura. Baru-baru ini BERITA MINGGU berpeluang untuk mewawancara beberapa bakat muda ini yang telah menunjukkan prestasi yang terbaik dalam pertandingan tersebut. Ikuti laporan ini.
MINAT Encik Muhammad Hasnaat Islam terhadap bidang elektronik bermula sejak beliau di sekolah menengah lagi.