PERTAMA kali Encik Muhammad Razi Kasmin berjinak-jinak dengan permainan kendama adalah semasa beliau bercuti di Jepun tiga tahun lalu dengan temanita, yang kini isterinya.
Beliau tertarik dengan reka bentuk permainan tradisional Jepun itu yang terdiri daripada sebatang kayu (ken) yang disambungkan kepada sebiji bola (dama) dengan seutas tali.