MINATNYA dalam bidang sains tercetus sejak beliau mula menonton drama serta dokumentari jenayah dan forensik di televisyen sejak di sekolah rendah.
Cik Murniati Sari Dewi Ayu Cempaka Roslan, 18 tahun, sedar akan keinginannya mengejar kerjaya dalam bidang sains dan langsung mendalami minatnya itu dengan mengambil ketiga-tiga subjek sains iaitu fizik, kimia dan biologi semasa di Sekolah Menengah Edgefield.