Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mindef mengundang pengodam untuk mengodam sistem menggunakan Internetnya bagi cari kelemahan

Dec 12, 2017 | 03:31 PM



DALAM satu langkah pertama dalam pemerintah Singapura, Kementerian Pertahanan (Mindef) mengundang 300 penggodam setempat dan antarabangsa untuk menggodam sistem Internetnya tahun depan bagi melindungi ancaman siber.



Dari 15 Januari hingga 4 Februari, pakar-pakar yang dipilih itu akan cuba menggodam lapan sistem menggunakan Internet Mindef seperti laman Mindef, gerbang laman NS, Gerbang LerNet 2 dan gerbang sumber pembelajaran bagi pelatih.



Penggodam yang berdaftar itu boleh menerima wang tunai dari $150 hingga $20,000 berdasarkan sejauh mana pentingnya kelemahan yang ditemui.



Dikenali sebagai Program Bug Bounty Mindef, ia merupakan program menggodam pertama pemerintah.



Ia menyusuli kejadian awal tahun ini apabila Mindef mendapati pengodam mencuri kad NRIC, nombor telefon dan tarikh lahir 854 pegawai di sistem I-Net.



Program baru itu diumumkan Ketua Siber Pertahanan Mindef, Encik David Koh semasa melawat Pusat Penilaian dan Ujian Pertahanan Siber pada hari Selasa.



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >