Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mindef perjelas pendirian mengenai kematian anggota NS

Mar 18, 2016 | 10:28 AM



PIHAK tentera akan dikira bertindak melampaui batas kuasanya dan dicabar secara undang-undang jika ia menghukum dua pegawainya melebihi paras kesalahan mereka dalam satu latihan pada 2012, di mana askar Perkhidmatan Negara (NS) Dominique Sarron Lee meninggal dunia akibat reaksi alahan pada wasap daripada bom asap.

Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata ia juga tidak adil kepada kedua-dua askar tetap Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu - ketua pegawai keselamatan latihan itu, Mejar Chia Thye Siong, dan platun komander Prebat Lee, Kapten Najib Hanuk Muhamad Jalal.

Kapten Najib melanggar peraturan keselamatan latihan apabila beliau melontar enam bom tangan, bukan dua, semasa latihan itu.

Keluarga Pte Lee cuba menyaman SAF bagi kematian beliau tetapi gagal kerana Mahkamah Tinggi menolak tuntutan itu pada 3 Mac.

Ini mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.

Dalam surat forum yang diterbitkan dalam akhbar The Straits Times pada Jumaat (18 Mac), Cik Lim Chuen Ni, pengarah komunikasi awam Mindef, berkata dapatan utama dikeluarkan semasa siasatan koroner pada 2013, iaitu satu proses telus yang terbuka kepada orang ramai.

Semasa siasatan itu, saudara-mara Pte Lee dan peguam mereka juga dibenarkan bertanya soalan berkaitan kematiannya dan menyoal dua pegawai tersebut.

Beliau berkata sesetengah orang ramai, termasuk ahli keluarga Pte Lee, tidak bersetuju dengan dapatan koroner. "Mereka berasa sebaliknya bahawa kedua-dua askar tetap SAF itu harus menanggung liabiliti lebih besar bagi punca kematian dan menerima hukuman lebih berat," kata Cik Lim.

"Adalah salah untuk menghukum anggota perkhidmatan SAF melampaui paras kesalahan yang telah ditentukan oleh proses kehakiman bebas dan tidak berat sebelah. Mindef/SAF akan dikira bertindak melampaui kuasa mereka dan akan dicabar secara undang-undang."

Paras hukuman, kata Cik Lim, harus mengambil kira dapatan koroner bahawa "punca kematian ialah tindak balas alahan yang tidak dijangka yang tidak mungkin boleh diramal".

Berdasarkan dapatan itu, Pejabat Peguam Negara (AGC) memutuskan tidak mendakwa sesiapa, ujar beliau.

Bagaimanapun, AGC memberitahu Mindef supaya menimbangkan mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan yang melanggar peraturan keselamatan latihan.

"Mindef telah berbuat demikian, dengan hukuman selaras dengan anggota perkhidmatan lain yang melakukan kesalahan sama, termasuk denda dan kelewatan dalam kenaikan pangkap," kata Cik Lim.

Walaupun setiap kematian anggota perkhidmatan "amat dikesali', Cik Lim berkata adalah lebih penting apabila kejadian sedemikian berlaku "kita mengekalkan kepercayaan dan integriti masyarakat dalam menghormati proses kehakiman bebas bagi menentukan fakta dan menjatuhkan hukuman sesuai di mana diperlukan".

"Pejabat Peguam Negara pernah pada pada masa lalu mendakwa anggota SAF yang bertanggungjawab menyebabkan kematian akibat perbuatan gopoh atau kecuaian."

Dan apabila didapati bersalah, mereka dihukum penjara.

Beliau mengulangi bahawa pakej pampasan berdasarkan "paras maksimum rangka kerja pampasan" ditawarkan kepada keluarga Pte Lee.

Pampasan itu biasanya dua hingga empat kali ganda jumlah yang diperuntukkan oleh Akta Pampasan Kecederaan Kerja bagi kejadian yang timbul daripada latihan dan operasi dan "tidak kurang daripada apa yang dapat ditawarkan oleh mahkamah dalam kes di mana pampasan diputuskan harus dibayar", katanya.

"Kami mengakui sukar bagi keluarga mencari penutupan dalam kes ini dan akan terus menyokong mereka di mana sahaja mungkin."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >