Mindef umum visi Pertahanan Bijak

MENGGUNAKAN perkhidmatan ulang-alik tanpa pemandu, pengimbas biometrik dan huraian yang membolehkan anggota perkhidmatan menggunakan telefon bijak mereka di kem.

Demikian inisiatif-inisiatif teknologi yang akan dilaksanakan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di masa hadapan.

Inisiatif tersebut adalah antara visi 'Pertahanan Bijak' yang diumumkan Menteri Kedua Pertahanan Lui Tuck Yew di Hari PRIDE (Produktiviti dan Inovasi dalam Usaha Seharian) hari ini, Rabu (2 September) - sebuah acara tahunan yang mempamerkan projek Mindef dan SAF yang inovatif dan cemerlang, lapor akhbar The Straits Times.

Inovasi dan idea-idea kerja-kerja peningkatan seperti itu telah membantu Mindef menjimatkan kos sebanyak $141.8 juta dalam tahun kewangan yang lalu.

Ini termasuk menggunakan aplikasi iPad yang mengurangkan masa untuk kerja-kerja pentadbiran sehingga 80 peratus dan ujian prestasi senjata api menggunakan teknologi laser yang menjimatkan lebih $200,000 setahun.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.