Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MinLaw sangkal komen peguam mengenai skim firma guaman asing

Apr 15, 2016 | 08:45 AM



KEMENTERIAN Undang-Undang (MinLaw) menyangkal koment seorang peguam terkemuka Singapura yang berkata skim yang diperkenal pada 2008 untuk membuka sektor undang-undang tempatan kepada firma guaman asing tidak cukup bermanfaat bagi peguam Singapura.



Ia berkata demikian bagi menjawab komen mengenai pengantarabangsaan oleh Cik Lee Suet Fern, rakan pengurusan firma guaman Morgan Lewis Stamford, dalam sebuah ceramah anjuran Persatuan Undang-Undang bulan lalu.



Cik Lee menamakan skim Kelayakan Amalan Guaman Asing (QFLP), yang membolehkan firma guaman asing menjalankan amalan dalam bidang yang dibenarkan undang-undang tempatan melalui peguam berkelayakan dari Singapura.



Beliau berkata enam firma asal QFLP, walaupun menjana pendapatan $1.2 bilion antara 2009 dan 2014, menggajikan "hanya kira-kira 100 daripada ribuan peguam berkelayakan dari Singapura", dan tertanya-tanya apakah ini hasil yang cukup baik.



Firma guaman asing, katanya, memberi persaingan kepada firma guaman tempatan.



Dalam responsnya, MinLaw mempertahan skim itu, dengan berkata ia telah membuka peluang baru untuk peguam Singapura yang berminat melakukan kerja komersial rentas negara. Skim itu membolehkan mereka mendapat pendedahan kepada bidang-bidang tertentu yang sebelum ini tidak mudah didapati dan memberi peluang kepada peguam muda tempatan.



Kementerian itu berkata bagi 2014/2015, sembilan firma asing yang diberi status QFLP menjana pendapatan $340 juta, dengan 80 peratus datang daripada kerja luar pesisir, atau kerja yang boleh dilakukan di tempat lain.



Eksport perkhidmatan undang-undang pada 2014 bernilai $700 juta - $400 juta disumbang firma undang-undang asing.



Kementerian itu berkata lebih satu pertiga daripada peguam dalam QFLP berkelayakan dari Singapura dan lebih seperempat daripada rakan kongsi dalam QFLP berkelayakan dari Singapura.



Ia berkata skim itu mendapat sokongan daripada banyak firma guaman lebih besar Singapura, ada paling terkesan langsung oleh itu, serta yang di dalam industri perkhidmatan kewangan.



"Dalam erti kata lain, pengenalan QFLP, dan peranannya dalam menjadikan Singapura pusat undang-undang serantau, mempunyai implikasi di luar sektor undang-undang, dan bermanfaat melebihi ekonomi."



Menunjukkan bahawa hujah Cik Lee kelihatan bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini, kementerian itu mendedahkan beliau berusaha menyertai skim itu pada 2014.



Bagaimanapun, permohonan beliau ditolak kerana kementerian itu "mempunyai tempoh tertentu apabila ia menjemput permohonan daripada semua orang, kemudian menimbangkan pemohon terbaik".



"Tidak mungkin boleh memberi lesen kepada sesebuah firma, atas permintaan firma itu," kata MinLaw.



Cik Lee, bagaimanapun, merayu agar pengecualian dibuat bagi firma beliau dan "membentangkan hujah kuat agar lesen QFLP diberi", kata MinLaw, dengan mengambil perhatian bahawa beliau "memuji kebaikan skim QFLP" pada masa itu.



"Bagaimanapun, permintaan beliau ditolak kerana tiada pengecualian boleh dibuat baginya. Lesen QFLP diberi hanya apabila kitaran permohonan dipanggil, dan secara kompetitif."



Apabila ditanya mengenai ini oleh akhbar The Straits Times, Cik Lee berkata: "Apabila kami meneroka penggabungan dengan Morgan Lewis pada 2014, kami meninjau pelbagai pilihan sedia ada, termasuk QFLP. Tetapi memandangkan satu lagi pusingan jemputan untuk lesen QFLP besar kemungkinan tidak akan diadakan, kami mencari jalan lain untuk mencapai pengantarabangsaan."



Stamford Law bergabung dengan Morgan Lewis & Bockius tahun lalu. Cik pengarah kanan dan pengasas Stamford.



Pada Khamis malam, Cik Lee berkata beliau mengakui manfaat skim QFLP, tetapi menambah bahawa ia hanya salah satu cara untuk sektor undang-undang berkembang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >