Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NAHAS KAPAL PERANG AS, KAPAL DAGANG DI PERAIRAN SINGAPURA

Misi cari 10 kru hilang diteruskan

Aug 22, 2017 | 05:30 AM



SERAMAI 10 anak kapal masih hilang selepas sebuah kapal perang tentera laut Amerika Syarikat berlanggar dengan sebuah kapal dagang di timur Singapura pagi semalam.



Kapal perang pemusnah peluru berpandu USS John S. McCain itu berlanggar dengan kapal tangki minyak Alnic MC, menurut satu kenyataan tentera laut Amerika.



Usaha mencari sedang dijalankan di utara Pedra Branca.



Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada 5.24 pagi waktu tempatan, sedang kapal perang tersebut menuju ke Singapura bagi satu lawatan rutin.



Pihak berkuasa Singapura sedang bekerjasama dengan tentera laut Amerika bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat selepas kapal perang itu mengalami kerosakan, kata kenyataan Armada Ke-7 Amerika itu.



Selain 10 anak kapal yang hilang itu, lima kru cedera, tetapi tidak serius, menurut satu kenyataan terkini.



Empat daripada mereka yang cedera telah dibawa untuk rawatan oleh helikopter Puma Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) ke sebuah hospital di Singapura.



Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) berkata dalam satu kenyataan bahawa kededua kapal itu sedang menuju Singapura bagi menjalani penilaian kerosakan.



Kapal USS John S. McCain sedang bergerak menggunakan enjinnya sendiri ke Pangkalan Laut Changi, menurut maklumat terkini Armada Ke-7 Amerika dalam lamannya.



"Laporan awal menunjukkan bahawa kapal John S. McCain mengalami kerosakan pada bahagian belakang kirinya.



"Pada masa sama, kapal tunda, kapal RSN RSS Gallant (97), helikopter RSN dan kapal Pengawal Polis Pantai (PCG), Basking Shark (55), berada dalam kawasan itu untuk menawarkan bantuan," ujar kenyataan Armada Ke-7.



Pesawat tentera udara Amerika MV-22s dan SH-60s dari kapal USS America juga dikerah.



Malaysia juga mengerahkan kapalnya untuk membantu dalam usaha mencari dan menyelamat, kata ketua tentera lautnya dalam satu pos Twitter.



Sementara itu dalam pos Facebooknya, Presiden Tony Tan Keng Yam melahirkan rasa sedih atas kejadian tersebut dan harapan mereka yang cedera cepat sembuh.



"Operasi mencari dan menyelamat masih berjalan bagi 10 anak kapal yang hilang. Saya berharap mereka dapat segera ditemui. Ingatan dan harapan kami sentiasa bersama keluarga mereka," kata beliau.



Kapal Alnic MC, milik jutawan Greece Harry Vafias dan syarikatnya, Brave Maritime Corporation, sedang menuju ke Singapura dari Pyeongtaek, Korea Selatan.



Ia dikatakan sedang mengangkut hampir 12,000 tan minyak, namun tidak ada limpahan minyak dilaporkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >