Premium
Misi SAF di Bangladesh sampaikan bantuan untuk Rohingya
SAF bekerjasama dengan MFA, Mercy Relief dan Dhaka untuk selaras agihan bantuan
Oct 11, 2017 | 5:30 AM

SEDIA UNTUK MEMBANTU: Dr Maliki (baju biru di hadapan), yang diiringi Konsul Singapura ke Dhaka, Encik William Chik (berjaket hitam), dan komander daerah Chittagong, Encik Md Abdul Mannan (baju putih, hadapan), menyampaikan ucapan kepada media sebaik tiba di Lapangan Terbang Chittagong semalam. - Foto THE STRAITS TIMES -
CHITTAGONG, BANGLADESH: BEKALAN bantuan kemanusiaan bernilai sekitar $270,000 dari Singapura kepada pemerintah Bangladesh bagi membantu mereka yang terjejas dalam krisis kemanusiaan di Rakhine, Myanmar, dalam misi dua hari bermula semalam.
Keadaan pelarian Rohingya yang membimbangkan itu mencetus keprihatinan pemerintah Singapura yang menawarkan bantuan dua hala kepada Bangladesh dan Myanmar.

