Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MND prihatin juruaudit gagal mengesahkan sepenuhnya akaun AHPETC untuk dua tahun berturut-turut

Feb 14, 2014 | 11:59 PM



KEMENTERIAN Pembangunan Negara (MND) menyuarakan keprihatinan menyusuli kegagalan juruaudit bebas mengesahkan sepenuhnya akaun Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) untuk dua tahun berturut-turut.


Dalam kenyataan akhbarnya, kementerian itu mengesahkan bahawa AHPETC tidak menuruti peruntukan di bawah Akta Majlis Bandaran dan Peraturan Kewangan Majlis-Majlis Bandaran, seperti yang dilaporkan juruaudit bebas.


Laporan juruaudit menyatakan, Majlis Bandaran yang ditadbir Parti Pekerja itu tidak menyalurkan bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan ke akaun bank bagi dana terikat untuk penyenggaraan estet.


Ini adalah sesuatu yang diwajibkan di bawah Peraturan Kewangan Majlis-Majlis Bandaran.


Juruaudit juga tidak diberikan perincian mengenai yuran perkhidmatan pengurusan projek yang telah dibayar majlis bandaran itu kepada pihak berkaitan.


Kesemua ini merupakan urusan kewangan di mana anggota pengurusan kanan majlis bandaran itu secara peribadi mempunyai kepentingan kewangan.


Tambahan daripada itu, juruaudit juga tidak berupaya memastikan kesahihan dan ketepatan beberapa perkara terkandung dalam akaun AHPETC.


Ini termasuk wang berjumlah $1.8 juta yan diterima dan perbelanjaan kira-kira $20 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan peningkatan lif.


Terdapat juga beberapa kelainan yang tidak diterangkan bagi pembayaran cukai barangan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira $518,000 dan perbezaan yang tidak dapat diselaraskan melibatkan wang berjumlah $63,000 dalam bentuk tunai dan lebihan dalam bank.


AHPETC hanya mengemukakan kenyataan kewangannya yang telah diperiksa bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013 pada Isnin, enam bulan selepas 31 Ogos sebagaimana yang ditetapkan.


Dalam laporannya, juruaudit bebas itu - Foo Kon Tan Grant Thornton LLP - berkata, ia "tidak berupaya mendapatkan bukti audit yang mencukupi bagi membentuk asas dapatan audit".


Disebabkan itu, ia hanya dapat memberikan satu "pandangan yang layak" terhadap perkara-perkara yang dinyatakan.


Ini bermakna, maklumat yang terkandung di dalamnya tidaklah menyeluruh.


Mengakui akan isu-isu yang ditimbulkan, pengerusi AHPETC, Cik Sylvia Lim, dalam laporan tahunan majlis bandaran itu menyatakan usaha menyediakan kenyataan-kenyataan kewangan "terus menjadi satu cabaran" kerana "soal peralihan yang memerlukan lebih banyak masa untuk diselesaikan".


Laporan tahunan itu telah dikemukakan ke Parlimen.


Parti Pekerja secara rasminya mengambil alih pentadbiran Majlis Bandaran Aljunied daripada Parti Tindakan Rakyat pada Ogos 2011.


Tambah Cik Lim: "Dalam jangka waktu yang pendek, kami telah membangunkan sistem kewangan kami sendiri. Namun begitu, terdapat masalah sistemik dan struktural yang perlu diselesaikan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >