Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model pembiayaan tidak jejas mutu khidmat penyedia kesihatan: Janil

MOH guna model pembiayaan berbeza di setiap kawasan iaitu menerusi bilangan penduduk atau secara kelompok
May 11, 2023 | 05:30 AM



PEMBIAYAAN mengikut bilangan penduduk bertujuan memberi insentif kepada penyedia penjagaan kesihatan untuk beri penekanan yang lebih besar kepada pencegahan.



Ini kerana model pembiayaan tersebut membayar penyedia penjagaan kesihatan jumlah yang sudah ditetapkan bagi setiap penduduk di kawasan yang di bawah tanggungan mereka, tidak kira sama ada penduduk itu sihat atau sakit.



Tidak hairanlah jika penyedia jagaan kesihatan mahu memastikan lebih ramai individu di bawah tanggungan mereka sihat, agar kos yang perlu ditanggung adalah lebih rendah kerana tidak perlu belanjakan lebih banyak untuk merawat atau mengubati pesakit itu di hospital.



Demikian jelas Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary di Parlimen pada Rabu, menjawab soalan Encik Yip Hon Weng (GRC Yio Chu Kang) dan Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio).



Encik Yip meminta Kementerian Kesihatan (MOH) memberi perkembangan terkini mengenai penggunaan model pembiayaan yang berbeza.



Antara model pembiayaan yang digunakan termasuk pembayaran secara kelompok di mana hospital dibiayai berdasarkan setiap penjagaan dan bukan berdasarkan pecahan terperinci seperti bilangan prosedur atau pembedahan yang dilakukan.



"Namun, pembayaran secara kelompok, mengikut penjagaan tidak memberi insentif kepada pengurangan pembaziran tahap penduduk, iaitu, sesetengah pesakit tidak sepatutnya jatuh sakit dan langkah pencegahan boleh diambil di rumah atau dalam masyarakat untuk pastikan pesakit itu sihat.



"Kaedah pembiayaan yang berbeza, sama ada pembayaran secara kelompok atau mengikut bilangan penduduk, jika direka dengan baik, tidak akan menjejas mutu perkhidmatan di hospital secara negatif.



"Sebaliknya, jika pembaziran dan prosedur yang tidak perlu dihapuskan, ia akan tingkatkan kesejahteraan keseluruhan pekerja jagaan kesihatan, kurangkan beban pembiayaan bagi pemerintah dan tingkatkan tahap perkhidmatan," ulas Dr Janil.



Beliau menambah bahawa sejak 1 April 2023, model pembiayaan mengikut bilangan penduduk telah digunakan bagi ketiga-tiga kelompok penjagaan kesihatan di sini.



Setiap kelompok mempunyai sekitar 1.5 juta penduduk di bawah jagaan mereka.



Mereka dibiayai berdasarkan kumpulan umur penduduk.



"Kadar tersebut direka supaya tiada pengurangan, bahkan sebenarnya sedikit peningkatan, kepada belanjawan kelompok berbanding tahun-tahun sebelumnya.



"Apabila penduduk semakin menua, lebih ramai penduduk layak menerima kadar mengikut bilangan penduduk yang lebih tinggi dan kelompok tersebut akan terima belanjawan yang lebih tinggi," katanya.



Sementara itu, dalam soalan yang diaju Cik Ng berkaitan pesakit barah yang menggunakan ubat yang tidak tersenarai dalam Senarai Ubat-ubatan Barah, Dr Janil berkata mereka boleh buat permohonan kepada MOH untuk menggunakan lebih banyak daripada akaun MediSave bagi rawatan.



"Pesakit bersubsidi yang dirawat di institusi jagaan kesihatan awam juga boleh mendekati pekerja sosial perubatan untuk memohon bantuan kewangan jika mereka tidak mampu membayar bil penjagaan kesihatan mereka," tambah Dr Janil.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >