Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE gantung khidmat guru dituduh salah laku seks dengan gadis bawah umur

Jul 13, 2023 | 06:24 PM



Kementerian Pendidikan (MOE) telah menggantung khidmat seorang guru sekolah rendah selepas dia didakwa melakukan hubungan seks dengan sekurang-kurangnya dua gadis bawah umur.

Jurucakap MOE memberitahu akhbar The Straits Times pada Rabu bahawa Kenneth Seah telah digantung tugas sejak awal Julai dan dia tidak lagi mengajar di mana-mana sekolah.


Seah, 34 tahun, menghadapi lima tuduhan termasuk bagi kesalahan mengadakan hubungan seks dengan dua remaja perempuan yang berusia 14 dan 15 tahun ketika itu.

Menurut platform Mahkamah Negara, tiada perintah yang dikeluarkan agar identitinya tidak didedahkan, tetapi ada perintah demikian bagi butiran mangsa.

Seah didakwa mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 15 tahun di tangga sebuah blok di Choa Chu Kang sekitar 3 petang pada 2 Februari.

Dia didakwa melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang gadis berusia 15 tahun di tangga blok itu juga pada bulan berikutnya.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua kes itu melibatkan gadis yang sama kerana butiran mangsa dipadamkan daripada dokumen mahkamah.

Secara berasingan, Seah didakwa berhubungan dengan seorang gadis berusia 13 tahun lebih sekali sebelum bertemu dengannya pada 17 Mei.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan apa yang dilakukannya ketika bertemu remaja itu, namun dia juga menghadapi tuduhan bagi asuhan seksual terhadap individu bawah usia 16 tahun.

Seah juga didakwa mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 14 tahun di tangga sebuah blok flat di Bishan pada 26 Jun.

Dia menghadapi tuduhan menghasilkan bahan penganiayaan kanak-kanak semasa pertemuan itu dengan merakam dua video ketika mereka sedang mengadakan hubungan seks.

Seah kini ditahan reman di pusat perubatan Kompleks Penjara Changi bagi pemeriksaan perubatan dan kesnya telah ditangguh hingga 2 Ogos.

Dalam kenyataannya, MOE berkata: “MOE memandang serius salah laku oleh kakitangannya dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang gagal mematuhi piawaian kelakuan dan disiplin kami, termasuk pemecatan.”

Jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan mengadakan hubungan seks dengan budak bawah umur, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >