Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE: Isu bayaran letak kereta di sekolah akan ditimbang dengan teliti

Jan 13, 2016 | 10:18 AM



ISU apakah guru perlu membayar bagi tempat letak kereta di sekolah akan dipertimbang dengan teliti, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (12 Jan), sambil mengakui perbahasan yang ia telah cetuskan.


"Terdapat banyak perbualan dalam talian mengenai kajian tempat letak kenderaan percuma di sekolah," ujar MOE dalam satu pos di laman Facebook.


"Kami memahami kebimbangan yang dibangkitkan dan kami menyertai anda dalam menghargai dedikasi dan kerja keras semua guru kita."


Ramai orang, termasuk bekas guru dan guru semasa, mengkritik kemungkinan guru dan kakitangan sekolah lain yang memandu ke sekolah tidak lagi boleh meletak kereta mereka secara percuma.


Ini selepas media melaporkan bahawa MOE sedang menimbangkan apakah harus dilaksana bayaran letak kereta di sekolah awam.


Tahun lalu, Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) berkata dalam satu laporan bahawa Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Politeknik Singapura dan Politeknik Temasek mengenakan bayaran di bawah kadar pasaran bagi penggunaan tempat letak kereta mereka.


Ini, ujarnya, serupa menyediakan "subsidi tersembunyi" kepada kakitangan. Ia juga bertentangan dengan dasar "gaji bersih" pemerintah, yang menetapkan bahawa gaji diambil kira sepenuhnya, tanpa faedah dan keistimewaan tersembunyi.


"Kami mengharapkan kesabaran dan pemahaman anda kerana kami masih dalam proses mengkaji semula dasar tempat letak kenderaan bagi sekolah, dengan mengambil kira garis panduan perkhidmatan awam dan pemerhatian AGO (Pejabat Ketua Audit Negara) baru-baru ini.


"Kami mengambil masa untuk melakukan ini dengan teliti," kata MOE dalam posnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >