Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE kurangkan lagi pengambilan guru baru

Nov 19, 2015 | 08:52 AM



HANYA 800 siswazah dan lepasan sekolah diambil menjadi guru tahun ini, sedang Kementerian Pendidikan (MOE) terus mengurangkan pengambilan pendidik.


Kempen pengambilan selama lapan tahun sejak 2004 telah membantu membina bilangan guru kepada lebih 33,000 sekarang, kata MOE sambil menambah bahawa bilangan yang diambil tahun ini mungkin mencapai 900 menjelang akhir bulan depan.


Daripada mereka yang diterima setakat ini tahun ini, sebahagian besar ialah siswazah dan 15 peratus golongan pertengahan kerjaya, lapor akhbar The Straits Times.


Bilangan itu pengurangan besar daripada jumlah puncak semasa kempen pengambilan pada 2009, apabila 3,000 guru diambil.


Pada tahun-tahun selepas itu, jumlahnya antara 2,000 dan 3,000 setahun. Kemudian pada 2013, ia berkurangan kepada 1,400, dan tahun lepas, 1,300.


Mengenai pengurangan lebih lanjut tahun ini, MOE berkata tumpuannya sekarang ialah menggantikan guru yang telah meninggalkan perkhidmatan dan merekrut lebih ramai guru dalam bidang pengajian tertentu, termasuk seni dan muzik, kemanusiaan, bahasa Tamil dan pendidikan jasmani.


Lapan tahun lalu, MOE meningkatkan prospek gaji dan kenaikan pangkat bagi karyawan pertengahan kerjaya, membawa kepada bilangan guru pertengahan kerjaya meningkat daripada 15 peratus daripada tenaga pengajar pada 2002 kepada hampir 25 peratus sekarang.


Ogos lalu, ia mengumumkan satu lagi kenaikan gaji bagi guru yang berkuat kuasa bulan lalu. Sehingga 30,000 guru menerima kenaikan gaji bulanan 4 hingga 9 peratus.


Semua guru terlatih juga akan mendapat bayaran tunai khas antara $500 dan $700 tahunan pada setiap September mulai tahun depan.


MOE juga telah mengumumkan struktur gaji tunggal bagi guru siswazah dan bukan siswazah, sejajar dengan hala tuju SkillsFuture untuk mengiktiraf kemahiran pekerja di luar kelayakan akademik.


Dengan adanya lebih ramai guru, sekolah telah dapat mengurangkan saiz kelas di peringkat rendah sekolah rendah kepada kira-kira 30 murid, dan menawarkan lebih banyak program tambahan, seperti Program Sokongan Pembelajaran.


Guru juga mempunyai lebih banyak masa untuk memajukan diri secara profesional.


Bagaimana dengan MOE mengurangkan pengambilan guru, lebih ramai kecewa kerana tidak terpilih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >