Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE: Lawatan sekolah ke luar negara disambung semula

May 24, 2022 | 05:30 AM



SEKOLAH-SEKOLAH dijangka akan menyambung semula lawatan ke luar negara bagi pelajar dengan sekatan terhadap perjalanan Covid-19 kian dilonggarkan.



Kementerian Pendidikan (MOE) sedang meninjau untuk mendapatkan khidmat syarikat untuk menawarkan maklumat berkaitan perjalanan dan khidmat nasihat selepas menangguhkannya selama dua tahun lalu, akibat pandemik Covid-19.



Syarikat tersebut akan menawarkan khidmat keselamatan, perubatan, kecemasan dan konsultan keselamatan bagi kedua-dua lawatan dalam dan luar negara, kata MOE sebagai memberikan respons terhadap pertanyaan akhbar The Straits Times (ST).



Sementara itu, guru daripada sekolah menengah di sini telahpun menempah penerbangan ke Kemboja tahun ini untuk meninjau keadaan, sebelum membawa pelajar mereka ke sana kelak.



Sekolah menengah lain juga sedang merancang lawatan 'recce' atau meninjau keadaan terlebih dahulu di sekitar rantau ini, kata pengarah Golden Travel Services, Cik Cindy Chng, sekali gus merintis jalan untuk menyambung semula lawatan sekolah ke luar negara.



Permintaan amat tinggi bagi lawtan pembelajaran luar negara ke negara-negara Asean seperti Malaysia dan Vietnam sebelum ia terhenti sementara selama dua tahun, tambah Cik Chng.



Menurut dokumen tender yang dilihat ST, vendor yang dipilih oleh MOE akan menawarkan khidmat konsultasi sepanjang masa mengenai isu berkaitan kesihatan, seperti nasihat rutin dan kecemasan, serta amaran dan laporan mengenai kesihatan, perubatan dan perjalanan bagi kedua-dua lawatan dalam dan luar negara.



Ia juga akan menguruskan penilaian risiko, analisis dan laporan, sebelum sekolah pergi untuk lawatan-lawatan ini.



Semasa lawatan, ia akan menawarkan bantuan di tapak lawatan bagi sebarang kejadian selain menyelaras dengan syarikat insuran yang dilantik MOE berhubung pembebasan, pemindahan dan peralihan perubatan.



Ia juga akan menawarkan aplikasi mudah alih dan 'interface' (antaramuka pengguna) laman web bagi pengguna untuk mendaftar dan memantau lawatan.



MOE telahpun mendapatkan pembekal khidmat sedemikian sejak 2010, tetapi menghentikannya sebentar pada 2020 dan 2021 ekoran sekatan perjalanan, kata kementerian itu lagi.



Ia menambah:



"Khidmat ini bagi pemimpin sekolah agar lebih mengetahui tentang situasi global untuk membolehkan mereka membuat keputusan tepat pada masanya dengan maklumat sedia ada bagi lawatan sekolah di dalam dan luar negara.



"Khidmat ini boleh dimanfaatkan semua pelajar dan kakitangan MOE yang mengikuti lawatan dalam dan luar negara anjuran sekolah dan/atau MOE."



Cik Chng, yang syarikatnya mengendalikan aturan lawatan luar negara setiap tahun bagi sekolah sebelum pandemik, berkata ramai pelajar sudah bersedia untuk ke luar negara bagi acara berkaitan sukan dan ada daripada politeknik dan institut pengajian tinggi (IHL) mungkin akan melakukan lawatan seawal tahun ini.



Beliau menambah:



"Tetapi bagi murid-murid lebih muda, keprihatinan daripada ibu bapa tentang kemungkinan anak mereka dijangkiti Covid-19 atau isu lain tetap ada, dan ini merupakan sebab kita dapat lihat guru sedang merancang lawatan 'recce' untuk melihat sendiri situasi di sana sebelum membuat sebarang komitmen bagi lawatan sepenuhnya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >