Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOF kongsi panduan kenal pasti pesanan teks SG Bonus yang sah

Oct 09, 2018 | 06:16 PM



 



 



KEMENTERIAN Kewangan (MOF) telah mengeluarkan makluman untuk membantu warga Singapura mengenal pasti pesanan teks yang sah tentang SG Bonus.



Menulis di Facebook pada Selasa (9 Oktober), MOF berkata mereka yang mendaftar nombor telefon bimbit dengan SingPass telah menerima makluman menerusi SMS berkenaan bonus itu.



Pesanan teks yang sah itu menetapkan pengirim sebagai ‘SG-Bonus’ atau ‘SGBonus’, dan tidak memohon sebarang maklumat daripada penerima, kata MOF.



URL, atau alamat laman web yang mengiringi pesanan teks itu akan bermula dengan https://www.singaporebudget.gov.sg, kata MOF, menambah.



Dua gambar yang ditunjukkan MOF menunjukkan dua versi sah makluman itu.



Individu yang telah mendaftar untuk mendapatkan SG Bonus menerima pesanan teks yang memberitahu mereka bahawa bonus akan diberikan pada Disember 2018.



Pesanan teks itu menunjukkan tiga abjad dan huruf terakhir nombor kad pengenalan.



Mereka yang belum mendaftar untuk bonus menerima pesanan teks yang mengandungi peringatan supaya mendaftar sehingga 7 November mengikut pautan yang ditentukan. Pesanan teks itu juga menunjukkan jumlah bonus yang bakal diterima dan memberitahu bahawa tarikh luput untuk mendaftar adalah pada 31 Mac tahun depan.



Pesanan teks itu juga menunjukkan tiga abjad dan huruf terakhir dalam nombor kad pengenalan.



Sebaliknya, pesanan teks palsu yang sedang diedarkan di dalam talian memberikan nama pengirim sebagai Gov.sg.



Pesanan itu mengandungi mesej: “SG Bonus for you $200 is available! To take your bonus please confirm your identity here sg-gov.com/?", atau “SG Bonus untuk anda $200 ditawarkan! Untuk menerima bonus, sila mengesahkan identiti anda di sg-gov.com/?”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >