DUA orang di Singapura dijangkiti bakteria listeria serupa dengan pesakit dalam wabak yang mengorbankan beberapa pesakit di Australia tahun ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan semalam berkata Makmal Kesihatan Awam Nasional telah tamat melakukan analisa urutan genetik bagi strain bakteria yang diambil daripada lima pesakit yang menghidapi listeriosis tahun ini, lapor The Straits Times semalam.