Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH: Boleh guna lebih banyak wang Medisave untuk pelan insurans bersepadu

NUR ADILAH MAHBOB
Jul 09, 2015 | 11:35 AM



WARGA Singapura yang memiliki pelan perlindungan insurans bersepadu (IP) boleh menggunakan lebih banyak wang Medisave, atau jumlah sama, untuk membayar premium pelan mereka apabila skim MediShield Hayat dilaksana menjelang hujung tahun ini.


Ini diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) mengenai struktur baru bagi had Medisave yang boleh dikeluarkan untuk membayar premium pelan insurans itu.


IP merangkumi dua komponen - insurans privet tambahan dan MediShield, yang bakal digantikan dengan MediShield Hayat hujung tahun ini.


Dalam satu sidang media hari ini (9 Julai), MOH berkata struktur Had Pengeluaran Tambahan (AWL) baru itu akan meletakkan had kepada jumlah Medisave yang boleh digunakan untuk membayar komponen insurans privet dalam IP.


Namun, tiada had akan dikenakan kepada komponen MediShield Hayat, iaitu pemegang boleh membayar keseluruhan premium menerusi Medisave.


Perubahan itu bertujuan menjadikan penggunaan Medisave sejajar dengan skim MediShield Hayat kelak, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong yang ditemui media selepas sidang media itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >