Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOH diberitahu tentang kelompok hepatitis C lewat Ogos

Oct 08, 2015 | 09:49 AM



HOSPITAL Besar Singapura (SGH) melaporkan kepada Kementerian Kesihatan (MOH) ia telah mengenal pasti kelompok 21 kes hepatitis C dan mengesyaki kes-kes itu berkaitan pada lewat Ogos.


Pada 3 September, selepas mengkaji laporan SGH, Profesor Madya Benjamin Ong, pengarah perkhidmatan perubatan (DMS) MOH, bertemu doktor SGH.


Mereka memberitahu beliau ujian menunjukkan virus daripada 21 kes itu berkaitan, dan mereka telah mengambil langkah-langkah kawalan yang dipertingkat dan tiada sebarang kes lagi selepas 24 Jun.


Dr Ong kemudian meminta langkah-langkah tertentu diambil, termasuk pengesahan oleh Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) mengenai penemuan SGH, saringan kakitangan yang telah terdedah, dan perwakilan luar disertakan dalam jawatankuasa yang dibentuk oleh hospital itu bagi men yemak proses perubatan dan keselamatan pesakit.


Beliau mahu kerja disiapkan dengan pantas, dan tidak lebih dari dua minggu.


MOH mengeluarkan maklumat ini pada Rabu (7 Okt), memperincikan garis masa sebagai respons kepada pertanyaan mengapa ia mengambil masa lama untuk memaklumkan orang ramai mengenai perkara itu.


Pada pertengahan Mei, SGH mengesyaki pesakit ginjal mungkin dijangkiti jangkitan hati semasa berada di hospital. Ujian menunjukkan pesakit dijangkiti daripada sumber sama, walaupun sumber itu belum dijumpai.


Lapan pesakit meninggal dunia, dengan empat dipercayai ada kaitan dengan jangkitan hepatitis C itu.


MOH dimaklumkan mengenai kes ke-22 pada 21 September.


Menyusuli pertemuan Profesor Ong dengan doktor SGH, berikut garis masa apa yang berlaku seterusnya:


Pada 4 September, pasukan MOH melawat wad ginjal SGH (Ward 64A dan 67) dan diberi taklimat oleh hospital itu.


Pada 7 September, sebuah makmal A*Star mengesahkan penemuan awal SGH bahawa 21 kes itu berkaitan.


Pada 9 September, SGH mula menyaring semua doktor dan jururawat yang telah menjaga pesakit. Sebanyak 76 kakitangan disaring dan semua didapati negatif bagi hepatitis C.


Pada 18 September, Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, diberitahu tentang kelompok itu. Beliau meminta taklimat daripada SGH, yang meminta berjumpa beliau pada 25 September kerana mahu diberi masa untuk menyelesaikan siasatan dan laporan mereka.


Selepas taklimat itu, Encik Gan mengarahkan sebuah jawatankuasa semakan bebas dibentuk, dan SGH mengumumkan penemuan awalnya.


Pada 28 September, anggota Jawatankuasa Semakan dilantik oleh Dr Ong, terdiri daripada pakar klinikal daripada bidang berbeza.


Pada 6 Oktober, SGH mengadakan taklimat media mengenai kelompok tersebut.


Dalam satu kenyataan pada Rabu (7 Okt), MOH berkata: "Dalam siasatan ini, pertimbangan utama ialah cuba mencari punca isu ini secepat mungkin, meneroka semua sudut yang mungkin, mengelakkan ia berulang. Pada masa sama, pasukan daripada SGH dan Kementerian Kesihatan mengambil kira keperluan mengumumkan kes ini sebaik sahaja siasatan awal telah disiapkan."


MOH juga berkata ia sebelum ini telah diberitahu oleh makmal SGH mengenai semua kes kerana semua jangkitan hepatitis C akut mesti dilaporkan dalam tempoh 72 jam.


Bagaimanapun, memandangkan pesakit tidak mempunyai tanda-tanda seperti demam kuning, kes-kes itu tidak diklasifikasikan sebagai akut dan oleh itu tidak ditonjolkan dalam buletin penyakit berjangkit mingguannya.


MOH berkata ia telah mengklasifikasikan semula kes-kes itu dan akan mengemas kini buletin tersebut.


Punca jangkitan itu masih dalam siasatan, dengan penggunaan bebuli, atau botol kecil, pelbagai dos - dalam kes ini bagi memberi insulin - disyaki.


Bebuli pelbagai dos berisi lebih daripada satu dos ubat dan boleh dikongsi oleh dua atau tiga pesakit. Jarum dan alat suntikan baru sentiasa digunakan bagi mengambil ubat di dalam sesuatu bebuli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >