MOH: Kira-kira 8 dalam 10 pesakit akui khidmat hospital dan poliklinik baik atau cemerlang

HOSPITAL dan poliklinik terus memberi kepuasan kepada pengguna, dengan hampir lapan dalam sepuluh pesakit memuji perkhidmatan yang baik di institusi penjagaan kesihatan tahun lalu.

Kira-kira 79.1 peratus daripada pesakit berkata perkhidmatan yang diberikan baik atau cemerlang, meningkat daripada 77 peratus daripada pesakit yang berkata demikian pada tahun 2013.

Kaji selidik tahunan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) juga mendapati bahawa 81 peratus daripada pesakit telah menerima perkhidmatan yang lebih baik daripada apa yang mereka jangkakan, ini peningkatan daripada 79 peratus tahun lepas, dengan 82 peratus yang menyatakan mereka akan mengesyorkan institusi penjagaan kesihatan awam kepada orang lain.

"Responden menamakan kualiti doktor, kualiti jururawat dan masa menunggu sebagai tiga faktor yang paling penting dalam memberikan penilaian mereka," kata MOH.

Kaji selidik yang dijalankan keatas lebih 11,000 orang antara September 2014 dan Januari tahun ini mendapati pesakit berpuas hati dengan sikap perkhidmatan dan mendapati kakitangan penjagaan kesihatan "berpengetahuan dan profesional".

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 67
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.