SEPANJANG tiga tahun akan datang, Kementerian Kesihatan (MOH) akan bekerjasama dengan Majlis Hospis Singapura bagi memperbaiki cara ia menjaga golongan yang berada di penghujung hayat mereka.
Projek bagi memperbaiki mutu itu adalah bagi menutup "jurang perkhidmatan yang ada kini dalam usaha meningkatkan kemahiran penyedia perkhidmatan demi memenuhi garis panduan negara", kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong.