SEORANG pengarah syarikat warga Singapura dipenjara kerana membawa masuk pekerja asing ke negara ini tanpa niat memberi mereka pekerjaan.
Menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, Lim Kien Peng, 46 tahun, dijatuhi hukuman di Mahkamah Negara, Selasa lalu, kerana mendapatkan pas kerja untuk 30 pekerja asing bagi sebuah syarikat yang tidak beroperasi dan kemudian membiarkan pekerja itu mencari pekerjaan sendiri.