Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOM: Hati-hati panggilan palsu orang mengaku jadi pegawai pemerintah

MOM
Jun 17, 2016 | 02:31 PM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) memberi amaran pada Jumaat (17 Jun) mengenai penipuan melibatkan panggilan telefon palsu oleh seseorang yang mendakwa menjadi pegawai kementerian itu atau pemerintah.



Dalam satu nasihat awam yang disiarkan di laman webnya dan laman Facebook, MOM berkata penipu itu akan meminta mangsa memindahkan wang ke sebuah akaun untuk "menyelesaikan isu berkaitan penginapan mereka di Singapura atau permohonan pas kerja".



Nombor telefon yang dipapar pada telefon penerima juga memaparkan hotline Pusat Hubungan MOM - 6438-5122.



"Ini adalah satu penipuan. Pegawai kami tidak akan membuat panggilan telefon untuk meminta pemindahan dana," kata MOM.



"Kami menasihatkan individu terjejas supaya membuat laporan polis."



MOM berkata ia memandang serius kejadian tersebut kerana ia melemahkan kepercayaan orang ramai terhadap kementerian itu.



Ia menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau 999 bagi bantuan segera.



Orang ramai yang menerima panggilan sedemikian hendaklah:



- Berhati-hati. MOM tidak akan meminta anda membuat pembayaran melalui panggilan telefon, terutama ke akaun bank pihak ketiga. Dalam situasi ini, anda harus mengabaikan panggilan itu;



- Tidak memindahkan sembarang wang kepada pemanggil, baik melalui agensi kiriman wang, bank mahupun sembarang cara lain;



- Jangan memberi maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, maklumat pasport, akaun bank atau kad kredit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >