WALAUPUN kadar pengangguran di Singapura kekal rendah tahun lalu, pertumbuhan pekerjaan keseluruhan perlahan dengan bilangan pekerjaan bertambah pada kadar paling rendah dalam 12 tahun, menurut anggaran awal yang didedahkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.
Kadar pengangguran keseluruhan tahun lalu ialah 1.9 peratus, dengan kadar pengangguran bagi penduduk ialah 2.8 peratus dan bagi rakyat pula 2.9 peratus.