LIMA syarikat penyedia latihan tidak lagi dibenarkan menawarkan kursus Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) yang diiktiraf Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Ini setelah MOM mendapati lima syarikat itu - Work Safe Academy Pte Ltd; Propel Consultants Pte Ltd; Regent Global Consultants Pte Ltd; Bright Training Centre Pte Ltd dan Ark HSE Management Solutions Pte Ltd - tidak mematuhi peraturan sebagai Penyedia Khidmat Latihan Bertauliah.
Menurut kenyataan MOM hari ini, syarikat itu gagal menjalankan kursus mengikuti tempoh yang ditetapkan, tidak memeriksa kefasihan bahasa pelatih sebelum menjalankan latihan, dan gagal mematuhi prosedur peperiksaan.
MOM mengambil tindakan setelah menerima maklum balas daripada orang awam dan mengadakan audit.