Momo Latiff meninggal

SENIWATI popular dari Studio Jalan Ampas Momo Latiff, meninggal dunia petang tadi pada usia 92 tahun.

Momo, atau atau nama sebenarnya Marfuah Makarim, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada kira-kira 5.50 petang di rumah anaknya di Woodlands Ring Road selepas sehari semalam dalam keadaan koma akibat serangan darah tinggi.

Anaknya, penyanyi 1970-an Kamaliah Latiff, ketika dihubungi Berita Harian berkata: "Mak tak sedarkan diri sekitar 8 malam kelmarin.

"Doktor yang datang merawat berkata keadaan mak terlalu uzur dan tua untuk menjalani sebarang pembedahan."

Menurut Kamaliah, jenazah yang kini berada di Blok 647 Woodlands Ring Road, akan disemadikan di Pusara Abadi selepas solat Jumaat esok.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.