SEBUAH Memorandum Persefahaman (MOU) telah dimeterai semalam antara Singapura dan Australia untuk mempertingkat usaha dua hala menangani pengganasan.
MOU itu ditandatangani oleh Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri merangkap Perdagangan dan Perusahaan Encik S. Iswaran dan Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia Encik Andrew Rob di Istana semalam. Acara itu disaksikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Australia Encik Tony Abbott.