DENGAN bermulanya musim tengkujuh timur laut, yang mungkin berlaku sehingga Mac 2019, ribut dan angin kencang serta ombak yang bergelora dijangka meningkatkan risiko di lautan.
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) telah meningkatkan pemeriksaan dan langkah-langkah keselamatan sesuai dengan Kempen Keselamatan @ Laut Singapura.