Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MPA siasat insiden feri Batam

Dec 02, 2015 | 06:38 PM



PENGUASA Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) sedang menyiasat insiden melibatkan feri Sea Prince yang tenggelam semasa dalam perjalanan dari Batam ke Singapura.


MPA berkata dalam satu kenyataan hari ini, Rabu, bahawa ia sedang menyiasat insiden tersebut dengan pengendali feri Batamfast dan pihak-pihak berkuasa relevan Indonesia yang lain.


MPA berkata ia telah pun menemuramah beberapa penumpang yang terjejas dan anggota kru feri berkenaan.


Dalam insiden Ahad lalu itu, hampir 100 penumpang dalam perjalanan pulang dari Terminal Feri Nongsapura terpaksa dipindahkan dari feri tersebut selepas ia melanggar sebuah objek terapung.


Kejadian itu berlaku sekitar 10 minit selepas feri berkenaan berlepas dari terminal tersebut.


Daripada 97 penumpang yang menaiki feri itu, 51 merupakan warga Singapura.


Para penumpang berkata, selepas mereka diminta untuk meninggalkan feri tersebut dan menaiki rakit keselamatan, air laut memasuki feri sebelum tenggelam.


Ia mengambil masa 20 minit sehingga lebih sejam sebelum para penumpang itu diselamatkan oleh para penduduk kampung menggunakan bumbot yang kemudian membawa mereka balik ke Terminal Nongsapura.


Mereka tiba di Terminal Feri Tanah Merah sekitar 12.20 pagi Isnin.


MPA berkata, ia memandang serius insiden itu dan telah mengingatkan semua pengedali operator Singapura tentang pentingnya keselamatan pelayaran dan kesediaan kecemasan.


Mereka yang ingin memberi maklumat mengenai insiden tersebut boleh menghubungi MPA di talian 6375 6217.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >