Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MRT Laluan Daerah Jurong mula dibina

Stesen JRL akan dibuka secara berperingkat dari 2027 hingga 2029
Jan 14, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS membuat persiapan selama tiga tahun, pembinaan laluan MRT ketujuh Singapura, Laluan Daerah Jurong (JRL), dimulakan secara rasmi semalam.



Apabila siap kelak, JRL akan meningkatkan kesalinghubungan secara ketara di bahagian barat Singapura di samping menyokong pembangunan di Daerah Tasik Jurong.



Menurut perancangan, ia akan beroperasi secara tiga peringkat, dari 2027 hingga 2029.



Upacara pecah tanah dan pelancaran jejambat, yang diadakan di kawasan 'akan datang', Tengah Town, sepanjang Brickland Road itu telah dirasmikan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, semalam.



Laluan sepanjang 24 kilometer itu merangkumi 24 stesen termasuk tiga stesen pertukaran - Boon Lay, Choa Chu Kang dan Jurong East - bagi menghubungkan penumpang kepada laluan MRT yang lain.



"Terdapat banyak lagi (kerja) yang perlu dijalankan dan hari ini menandakan langkah pertama yang penting.



"Menerusi ini, kami berada satu langkah lebih dekat untuk meningkatkan kesalinghubungan dan kemampanan persekitaran rangkaian pengangkutan darat kita," kata Encik Iswaran dalam ucapannya.



Turut menghadiri acara itu semalam ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, yang juga merupakan penasihat kepada pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Jurong.



"Ini menambahkan kemudahan bagi penduduk di kawasan undi Jurong East dan kami amat mengalu-alukan kemudahan tersebut.



"Meskipun begitu, saya pasti penduduk juga akan memahami kerja-kerja pembinaan yang akan menjejas mereka kerana LTA serta kontraktor telah menjalankan tugas baik memaklumkan mengenai kerja-kerja yang akan berlaku di kawasan itu," ujar Cik Rahayu semasa ditemui Berita Harian di acara tersebut.



Apabila siap nanti, perjalanan para penumpang ke kawasan barat Singapura akan lebih pendek, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



"Masa perjalanan dari rumah ke tempat kerja atau sekolah dan sebaliknya di kawasan barat ini akan mengambil masa separuh dari apa yang anda lalui sekarang - anda seperti dihantar terus ke muka pintu!"



LTA memberi contoh bagaimana JRL boleh mengurangkan 25 minit daripada masa perjalanan, berbanding sekarang yang mengambil sejam dari Stesen MRT Choa Chu Kang ke perpustakaan Lee Wee Nam di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) melalui bas dan kereta api.



Semasa acara semalam, kontraktor telah mengangkat salah satu segmen konkrit jejambat trek sebagai sebahagian daripada majlis pelancaran.



Setiap segmen konkrit itu boleh mencapai berat sehingga 40 tan.



Secara keseluruhannya, terdapat lebih kurang 12,000 segmen sedemikian yang akan membentuk laluan sepanjang 24 kilometer - menyusuri atau merentasi prasarana sedia ada seperti jalan raya yang sibuk, lebuh raya utama dan terusan.



Laporan lanjut: Kemampanan jadi pertimbangan utama reka bentuk Laluan Daerah Jurong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >