MRT tergendala di laluan Utara-Selatan ekoran kerosakan kabel

KHIDMAT kereta api di sepanjang laluan Utara-Selatan yang tergendala selama satu jam setengah awal petang tadi mungkin disebabkan oleh satu kerosakan kabel, kata SMRT dalam pos yang diletakkan di laman Facebooknya.

Pengendali rel itu sebelum ini berkata "satu kehilangan kuasa tarikan" menyebabkan kegenjotan di antara stesen MRT Kranji dan Yew Tee sekitar 12.30 tengah hari.

Khidmat kereta api kembali seperti sediakala sekitar 2.05 petang dan khidmat bas penyambung percuma yang disediakan antara Stesen MRT Yew Tee dan Woodlands diberhentikan pada 2.54 petang.

SMRT berkata juruteranya akan terus menyiasat punca kerosakan dan akan membaiki isu tersebut selepas waktu operasi.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.