MRT tergendala: Lui minta maaf

MENTERI Pengangkutan Lui Tuck Yew telah meminta maaf kepada para penumpang terjejas dengan khidmat kereta api yang tergendala di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat malam semalam.

Bercakap kepada para wartawan di Stesen MRT Ang Mo Kio pagi tadi, Rabu, Encik Lui berkata: "Saya meminta maaf kerana ia menjejas ramai penumpang semasa waktu sibuk sebelah malam.

"Ramai daripada mereka menghadapi keadaan tidak menentu dan gangguan kepada rutin biasa mereka."

Beliau berada di stesen tersebut seawal 7.15 pagi untuk melihat sendiri operasi kereta api MRT itu.

Namun beliau tidak menyarankan penubuhan Jawatankuasa Siasatan (COI) terhadap kejadian tersebut.

Sebaliknya, beliau menggesa SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi tumpuan untuk mencari punca khidmat kereta api itu tergendala.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.