KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan mengkaji kebolehlaksanaan model Prasekolah Inklusif yang membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri prasekolah yang sama dengan kanak-kanak lain.
Sekarang ini, satu-satunya institusi sedemikian di Singapura ialah Kindle Garden yang dibuka pada Januari 2016 dan dikendalikan badan tidak meraih keuntungan, AWWA.