MALAYSIA ingin menarik kembali rakyatnya yang bekerja di Singapura, tetapi bagi mereka yang memilih bekerja di sini, kerajaan akan memberi tumpuan memudahkan perjalanan ulang-alik di Koswe.
Ini dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman, yang mengimbas pengalaman beliau sendiri berulang-alik ke Singapura setiap hari apabila ayahnya bekerja di sini.