Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M'sia sahkan kes virus Zika berpunca di S'pura

Sep 01, 2016 | 03:47 PM



KERAJAAN Malaysia mengesahkan bahawa kes virus Zika pertama yang dicatatkan di negara itu melibatkan seorang wanita dari Klang, Selangor, yang disahkan positif dijangkiti virus tersebut selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos lalu.



Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang dipetik mStar Online, wanita berusia 58 itu yang menetap di Bandar Botanic, Klang, telah datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang selepas mula mendapat gejala ruam, seminggu selepas pulang dari Singapura.



"Berdasarkan sejarah lawatan beliau ke Singapura dan anak perempuan yang berada di sana juga telah dijangkiti virus itu, maka wanita tersebut telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil ujian air kencing menunjukkan beliau telah dijangkiti Zika," katanya dalam sidang media di sini hari ini (1 Sep).



Tambahnya, difahamkan wanita itu yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh kini berada dalam proses pemulihan.



Menurutnya, setakat ini negara jiran, Singapura telah mencatatkan lebih 115 kes jangkitan Zika dengan lima orang daripadanya adalah rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di sana.



Susulan itu, katanya, kementerian telah mengambil langkah kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat yang dilawati pesakit termasuk tempat pembiakan aedes, penggunaan larvisid dan semburan kabus.



"Kami juga membuat pemeriksaan dan memantau kenalan yang telah berhubung dengan beliau sama ada turut mengalami demam atau simptom Zika yang lain," ujarnya lagi.



Ditanya tentang sama ada Malaysia akan mengeluarkan nasihat larangan ke Singapura susulan perkara itu, Dr Subramaniam berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian dan jika ia dilakukan akan memberi kesan lain.



"Terdapat kira-kira 200,000 rakyat Malaysia yang berulang alik ke Singapura setiap hari dan mereka dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai krim penghalau nyamuk sekerap mungkin," katanya.



Dr Subramaniam berkata, bagi kenderaan dari Malaysia ke Singapura atau sebaliknya dinasihatkan untuk menggunakan penyembur ubat nyamuk ke atas kenderaan mereka bagi mengelakkan nyamuk aedes pembawa penyakit tersebut merentasi ke negara ini.



"Selain itu, kami juga menasihatkan wanita mengandung yang mempunyai apa-apa soalan berkenaan Zika segera merujuk kepada pakar perubatan kerana risiko bagi bayi yang dikandungi untuk dijangkiti virus itu adalah tinggi," katanya.



Dr Subramaniam berkata, buat masa ini, terdapat antara 60 dan 70 pusat perubatan kementerian yang mempunyai kemudahan mengesan virus Zika di seluruh negara selain makmal perubatan swasta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >