Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M'sia tidak mendiskriminasi kereta Singapura: Menteri Pengangkutan M'sia

Jan 17, 2017 | 07:44 AM



MALAYSIA menghormati keputusan Singapura mengenakan Bayaran Jalan raya Sepadan (RRC), Menteri Pengangkutan Malaysia Liow Tiong Lai memberitahu The Straits Times Isnin (16 Jan), tetapi menekankan bahawa Bayaran Jalan Raya yang diperkenalkan November lalu bukan satu respons terhadap Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) 1973.



"Kami menghormati keputusan mereka tetapi kita perlu memaklumkan rakyat Singapura bahawa kita tidak mengambil tindakan timbal balik terhadap VEP mereka dengan mengenakan Bayaran Jalan Raya," katanya Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura mengumumkan caj baru itu.



Beliau menambah: "Kami tidak mengamalkan diskriminasi terhadap kereta Singapura. Kami juga akan memperkenalkan Bayaran Jalan Raya di sempadan Thailand dan Thailand. Di semua sempadan, kami akan memperkenalkan caj yang sama. Kami mahu pemerintah Singapura menimbangkan semula...."



LTA mengumumkan Isnin (16 Jan) bahawa semua kereta asing yang berdaftar perlu membayar RRC $6.40 setiap kali memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas atau Woodlands.



Bayaran RRC akan dikumpulkan bersama bayaran VEP, tol dan Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) semasa berlepas di kedua-dua Pusat Pemeriksaan.



Bayaran baru itu akan berkuat kuasa pada 15 Feb, mencerminkan Bayaran Jalan Raya Malaysia sebanyak RM20 ($6.40) bagi setiap kemasukan bagi kereta asing yang memasuki Johor.



Ini telah dilaksanakan pada 1 November lalu (2016).



Encik Liow berkata Bayaran Jalan Raya itu "sebenarnya bayaran yang amat minimum dan berbeza daripada VEP".



"Singapura memperkenalkan VEP pada 1973 dan kami tidak bertindak balas. Kami hanya menghormati keputusan mereka," katanya.



Beliau menegaskan bahawa Bayaran Jalan Raya Malaysia berbeza daripada VEP.



"Bayarannya hanya RM10 untuk mendaftar kereta anda selama lima tahun," katanya. "Anda mendapat tag identiti frekuensi-radio (RFID) selama lima tahun dan kemudian lagi RM10 bagi membaharuinya. Ia amat berbeza daripada Singapura."



Encik Liow berkata Malaysia "akan terus mengadakan dialog dengan Singapura mengenai keputusan kami". - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >