BERBALOI sungguh memuat turun aplikasi bergerak Berita Harian (BH) bagi Cik Nur Liyana Ramli.
Bukan sahaja pegawai bank itu menerima hadiah tanda terima kasih setelah memuat turun aplikasi tersebut di pameran digital BH bulan lalu, malah Cik Liyana juga muncul pemenang hadiah perdana cabutan bertuah akhbar ini.