Mufti: Cabaran fahaman radikal kini lebih besar dari ancaman JI

MUFTI Dr Mohd Fatris Bakaram mengajak lebih ramai asatizah dan masyarakat setempat untuk tampil berganding bahu demi menangani cabaran pengganasan dan penularan fahaman radikal, yang kini lebih besar daripada ancaman kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI).

Gesaan itu dibuat Mufti selepas mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di Masjid Khadijah sebentar tadi.

"Daripada satu organisasi (JI) yang boleh dikenal pasti, ia kini merupakan satu ideologi yang boleh disebar luas khususnya menerusi Internet.

"Sesiapa sahaja boleh terpengaruh oleh keganasan dan fahaman radikal," kata Dr Fatris dalam ucapan ringkasnya.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.