Mufti gesa jimat air dan lahir prihatin insiden MH370

SHAMSUL JANGARODIN

MUFTI Dr Mohd Fatris Bakaram tadi menggesa masyarakat Islam supaya sentiasa berjimat dan mengelakkan pembaziran dalam menggunakan air, termasuk bagi tujuan ibadah.

Beliau juga telah melahirkan rasa prihatin masyarakat Islam Singapura tentang kehilangan pesawat penerbangan MH370 syarikat Malaysia Airlines (MAS).

Katanya, masyarakat Islam Singapura turut "merasakan keperitan dan kesulitan" yang dialami semua yang terlibat dalam insiden itu.

Mufti berkata demikian semasa ditemui selepas solat Jumaat di Masjid An-Nahdhah.

Dalam pertemuan itu, Mufti telah diminta mengulas tentang khutbah Jumaat yang menyentuh tentang air dan solat istisqa, atau meminta hujan, serta doa yang mengiringinya yang turut dipanjatkan bagi keluarga penumpang MH370.

Majlis tersebut telah diadakan di kebanyakan masjid di sini.

Solat sunat istisqa itu diadakan kerana tempoh kering yang berpanjangan, dengan bulan lalu merupakan bulan paling kering dalam sejarah negara ini sejak 145 tahun lalu.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.