IBU bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak menerima bimbingan agama dan memupuk nilai-nilai murni yang membentuk jiwa yang beragama, kata Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram.
Penanaman nilai ini sebenarnya tidak akan dapat diperolehi daripada Internet - usaha membentuk jiwa mukminat, jiwa mukminin akan berlaku jika ada interaksi antara seorang guru dan murid dalam satu kelas, sama-sama berbincang tentang agama.
Beliau berkata demikian di majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Esei Cabaran Mufti anjuran Pejabat Mufti dengan sokongan Berita Harian dan institusi pengajian Islam swasta, Andalus.
Acara berlangsung di institusi pengajian swasta, MDIS, hari ini.