Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Perpaduan silang agama penting untuk atasi fahaman pelampau

Jul 28, 2016 | 05:30 AM



MUFTI Dr Mohamed Fatris Bakaram mengajak pemimpin agama berganding bahu dan bersatu padu dalam usaha mengatasi fahaman pelampau keagamaan yang semakin meningkat.



"Marilah kita diingatkan bahawa tugas mengatasi keganasan dan fahaman pelampau keagamaan bukanlah tugas satu masyarakat sahaja; ia tanggungjawab kita bersama.



"Perikemanusiaan dan nilai universal yang dikongsi seperti keamanan dan keadilan - inilah yang memerlukan kita bersuara dan bersatu padu dalam menganjur kebaikan dan menolak pelbagai bentuk keburukan," ujar Mufti ketika berucap dalam jamuan teh Aidilfitri bersama pemimpin masyarakat silang agama di Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah di Bishan semalam.



Mufti berkata bahawa bersatu padunya pemimpin agama akan mendorong masyarakat masing-masing saling menghormati dan mengejar keharmonian antara agama.



"Dengan menunjukkan komitmen kita bersatu padu, barulah kita boleh mengalahkan agenda pelampau yang ingin memecahbelahkan kita," ujarnya.



Mufti turut meluahkan rasa sedih terhadap pembunuhan seorang paderi berusia 85 tahun di sebuah gereja di Perancis kelmarin serta serangan di serata dunia.



Beliau menggariskan pentingnya perpaduan dalam kepelbagaian dan perbezaan.



Kepelbagaian boleh menjadi satu sumber kekuatan jika dimanfaatkan kebaikan daripada pengalaman dan ilmu daripada masyarakat dan individu berbeza, katanya.



"Namun kepelbagaian juga boleh menjadi satu sumber perpecahan jika setiap masyarakat berundur dan membina benteng antara satu sama lain serta enggan berkongsi ruang dalam konteks masyarakat majmuk dan berbilang budaya," tambahnya.



Selanjutnya, Mutfi turut menyentuh peranan masyarakat keagamaan dalam membantu menangani masalah perubahan iklim dan kesengsaraan yang masih dilihat di banyak kawasan.



Justeru, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Pusat Harmoni akan terus bekerjasama dengan pertubuhan keagamaan lain bagi menjayakan projek kemanusiaan.



Wakil Persekutuan Buddha Singapura, Venerable Shi Chuan Guan, akur pentingnya pemimpin pelbagai agama berdiri bersama menentang ancaman fahaman pelampau, lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini.



"Meskipun hari ini kita ada Pusat Harmoni yang diterajui masyarakat Muslim, tanggungjawabnya tidak terletak pada seseorang sahaja. Ia tanggungjawab kesemua 10 agama utama di Singapura, dan bukan sahaja pemimpin agama, bahkan semua orang termasuk warga asing di sini," ujarnya.



Laporan lanjut: Paduan pemimpin pelbagai agama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >